Review : Etude House Sunprise Must Daily

Hi semua !

Hari ini saya akan review tentang sunblock daripada brand favorite saya iaitu Etude House Sunprise Must Daily. Seperti yang kita tahu, cuaca di Malaysia ni sangatlah panas dan masih ramai yang ambil ringan tentang pemakaian sunblock ni. Sunblock sangat penting tau untuk mengelakkan pigmentasi di mana parut akan menjadi hitam sekiranya terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama. Selain itu, tidak memakai sunblock juga akan menyebabkan kulit korang ni makin ‘tan’ atau burn. OMO :O . Bukan mudah tau nak hilangkan burn ni haa. So ,kita atasi semua masalah tersebut dengan memakai ? SUNBLOCK !

Disebabkan kulit saya lebih kepada combination to oily, saya pilih sunblock yang water-based atau lotion type. Dua sunblock kegemaran saya adalah Etude House Sunprise Must Daily dan Biore Water base Sunblock yang packaging warna biru tu. Pemilihan texture sunblock ni teramat lah penting sebabnya bila kita berpeluh, kulit kita akan jadi berminyak, di tambah pulak sunblock kita tu jenis sticky, mestilah tak selesa kan? So,nak selamat pilihlah sunblock water based.Yang paling penting sekali, jangan lupa reapply sunblock setiap 4 jam sekiranya korang terdedah dengan panas buat masa yang panjang.


volume : 50 ml
price : RM 25 (ALTHEA)



selepas apply sunblock.
tak nampak oily sangat kan ?


Sangat rugi hokayy siapa yang tak pegi beli sunblock ni dekat althea.kr .Lagi murah dari sunblock yang ada dekat drugstore plus wangi pulak tu. hewhew. Rasa macam baru lepas pakai lotion bila apply sunblock ni. Lagipun, sunblock Etude House ni tak meninggalkan 'white cast' atau kesan putih. lepas apply tu, tona kulit jadi lebih sekata, nampak natural gitu.

  • bau produk/pewangi (fragrance) – wangi mcm lotion baby
  • tekstur (texture/consistency) – lightweight lotion, not too oily
  • harga(price) - **, cheaper than other sunblock in the drugstore
  • berbaloi atau tidak (is it worth it?) – sangat berbaloi, totally worth it, I kasi 5 bintang !
  • will i repurchase it or not ? – definitely will repurchase !


REMEMBER ,THE PRODUCTS THAT WORKS WELL ON ME, MIGHT NOT WORKS FOR YOU .
TO GET SATISFYING RESULT, IT NEED TRIAL AND ERROR.

sebarang soalan boleh lah disertakan di bahagian komen atau ke :
instagram : @ansndhrh
twitter : @anisismails

No comments:

Post a Comment