Hi semua !
Kali ini saya akan cerita pasal masks .Untuk pengetahuan korang mask ni ada banyak jenis tau contohnya sheet masks, peel off masks ,wash off mask dan sleeping mask. Setiap jenis mask ade kebaikan dan kekurangannya sendiri.
1) Sheet mask
Yang ni paling senang nak pakai. Keluarkan dari pek pastu terus tepek kat muka korang. Haaa senang kan? Kalau jenis muka kecik tu pepandai korang adjust mask tu ikot bentuk muka korang ye. Sheet mask ni biasanya diperbuat daripada cotton/kain dan gel. Yang jenis gel biasanya lagi mahal dari yang biasa.
Contoh cotton sheet masks |
2) Peel off mask
Mostly peel off mask ni untuk buang whitehead atau blackhead korang. Biasa tengok tak mask shiseido yang warna hitam/putih tu? Haa yang tu lah peel off. Before pakai peel off mask, disarankan untuk steam/wap muka dulu untuk buka pori. Barulah senang kotoran ditarik keluar. Lepas pakai peel off, boleh la kecikkan pori dengan menggunakan ais atau sebarang produk untuk pore tightening.
3) Wash off mask
Wash off mask ni maknanya jenis mask yang korang kena basuh selepas pakai contohnya clay mask atau home remedy using honey. Takkan laa buat mask guna madu nak bawak tido sampai ke pagi ye dok ? Habis bersemut kang.
4) Sleeping mask
Haa mask yang ni lepas pakai korang dah boleh terus tido. Tak payah susah2 nak tunggu 10-20 minit pastu nak basuh lah, buang lah. Leceh kan? Sleeping mask ni kira bagi treatment semasa korang tido. Bangun esok pagi kulit dah lembut je. Contoh sleeping mask yang famous sekarang ni adalah Laneige Sleeping Mask.
Sebelum korang decide nak pakai mask jenis apa, kenalah tahu apa yang kulit korang perlu masa tu. Mask ada pelbagai function contohnya hydrating, soothing, brightening, whitening dan sebagainya. Sekiranya korang nak kulit lembap glowing gitu, pilih lahh soothing/hydrating. Brightening/whitening untuk mencerahkan kulit. Pemilihan jenis mask ni penting untuk mengelakkan timbulnya rashes atau jerawat selepas pemakaian mask. Of course, kena tengok ingrediets. Lain kulit, lain keberkesanannya ye. Bukan pakai sekali flawless terus kulit korang.
Pemakaian mask yang digalakkan adalah 2-3 kali seminggu. Ada jugak jenis mask yang dikhususkan untuk pemakaian harian atau daily use. Tempoh pemakaian mask depend kepada instructions dekat packaging product tu sendiri. Kebiasaannya mask ni dipakai untuk 10-20 minit. Untuk sehari, korang just pakai satu jenis mask je. Tak digalakkan combine mask tau. Sebab ada org pernah tanya boleh tak lepas pakai sheet mask, pastu dia nk pakai peel off mask? Tak perlu. Just dalam seminggu tu kalau nak tukar2 jenis boleh lah. Contohnya hari ni pakai yang jenis peel off, next 3 days pakailah jenis sheet mask pulak.